Back to News Listing
Dasar Teknologi Hijau Negara
Created by anep on 2009-07-31 09:11 AM
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara;
Tenaga: Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga.
Alam Sekitar: Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi: Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
Sosial: Meningkatkan kualiti hidupuntuk semua.
Definasi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem unutk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti mausia.
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut;
1. Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran
2. Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau selamat.
3. Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan
4. Menjimatkan tenaga dan sumber asli
5. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.